Khamis, 26 November 2009

KEMEWAHAN TANPA BATASAN.




Wow....!!! Itulah perkataan pertama bila saya melihat Mez ni.


Terlopong mulut ,ternganga dibuatnya.Fantastik...macam-macam

bermain di minda.


Namun saya kembali semula ke dunia realiti " tak mungkin aku dapat memilikinya " kata hatiku.


Walau bagaimana pun untuk menyedapkan hati sendiri dan mungkin anda di luar sana,kita sebenarnya masih ada peluang untuk berjaya dan memiliki sesuatu yang ingin kita impikan.


Bukan setakat kereta mewah sahaja.Mungkin rumah, perabut,hiasan dalaman rumah,landskap laman yang cantik dan apa-apa saja yang anda ingin miliki.


Berubah untuk berjaya adalah satu langkah pertama untuk mengecapi kejayaan dalam hidup.

Berusahalah tanpa mengenal jemu.Belajarlah dari orang yang berjaya.Mereka yang tak lokek ilmu akan berkongsi pengalaman kejayaan yang di kecapi dengan anda.


Tapi untuk mendapat ilmu ,bagaimana untuk mengorek rahsia mereka anda perlu tahu caranya.

Bak kata orang tua anak murid perlu tahu disiplin untuk berhadapan dengan tuan guru.


Tuan guru bukan melayan anda seorang.Mereka juga ada privacy sendiri.Anda perlu persiapkan diri anda dulu.Waktu itu tuan guru akan muncul dihadapan anda.


Jaga tata susila dan adap sopan, pelajari cara tuan guru dengan tekun secara jauh dan dekat.Pelajari tingkah laku yang elok pasti anda akan berjalan seiring dengan tuan guru.Atau mungkin anda akan berjalan lebih terkehadapan berbanding tuan guru suatu hari kelak.Saya pasti dan yakin kerana pada waktu itu..................( tuan guru dah tua so dia jalan lambatlah he...he....) hanya gurauan saje .Lihat anda serius sangat tuh...


Bila anda telah berjaya jangan asyik pandang keatas sahaja.Turunkanlah ilmu dan selalu-selalu

lah pandang kebawah. Ya.....!!! selalulah pandang kebawah niiiiii.......!!!!

( cuba klik kat keta untuk melihat hiasan dalamannya yang mewah.....memberi inspirasi anda untuk menjana kemewahan tanpa batasan.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan